Followers

11.1.12

Pantang Larang semasa megandung


Bila tangan rajin-rajin browse internet, time malas mengadap keja kat atas meja.. Tetiba terclick kat satu blog nih. Hahahaha....pantang larang semasa mengandung okeh tajuknya!. Memang macam interesting sebab di zaman moden nih pun still ada pantang larang yang nenek moyang dulu-dulu turunkan pada kita secara turun temurun gitu!
Nak percaya atau tidak terpulang lah. Im just share it with you guys!
Sharing is CARING kan dek non?....Hehehheheh....

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

PANTANG LARANG ORANG MELAYU KETIKA MENGANDUNG

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik  pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil
  1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
  2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
  3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
  4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
  5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
  6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
  7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
  8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
  9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
  10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
  11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
  12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Bayi

  1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
  2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
  3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
  4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
  5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
  6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
  7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
  8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

warning/amaran:
NAK PECAYA KE TAK TERPULANG KEPADA INDIVIDU...
YANG PENTING KENA BANYAK DOA SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN KITA NANTI.
SO, RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL!

Sekian

No comments:

Post a Comment