Followers

23.2.12

WANITA HAMIL YANG TERTEKAN BERISIKO MENDAPAT ANAK MEMPUNYAI ALAHAN


Salam semue...
lame tidak post ape2 kan...sgt la sibuk nowDays... :)
anyway ni just nak kongsi sesuatu yg terjumpe kat Facebook...



Wanita yang tertekan dengan masalah kewangan, hubungan sosial dan lain-lain melahirkan anak yang lebih senang mendapat allergi dan asthma, penyelidik daripada US menyebut.

Penemuan ini yang di bentangkan dipersidangan American Thoracic Society in Toronto menyarankan tekanan pada ibu mungkin boleh memberi kesan yang berpanjangan terhadap anak.

Kajian ini menambah, terdapat bukti yang semakin kuat yang menunjukkan tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah kewangan dan perhubungan boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan sistem imun kanak-kanak dan ia boleh bermula semasa dalam kandungan lagi.” Kata Dr. Rosalind Wright dari Harvard Medical School in Boston dalam kenyataannya.

Dia dan para penyelidiknya mendapati ibu yang mengalami tekanan lebih kerap melahirkan bayi yang mempunyai tahap immunoglobulin E or IgE yang tinggi walaupun ibu kurang terdedah kepada unsur yang memberikan alahan (allergen).

Apabila kajian terhadap binatang mendapati tekanan melipat-gandakan kesan allergen terhadap sistem imun pada anak-anaknya, kumpulan penyelidik dari Harvard mula mengkaji samada kesan yang sama boleh terjadi terhadap manusia.

Mereka mengukur tahap IgE dalam darah tali pusat pada 387 bayi baru lahir di Boston.

Bayi yang ibunya mempunyai tahap tekanan tertinggi tetapi tidak terdedah kepada unsur allergen yang lain seperti debu dan serangga kecil (mites) dirumah tetap mempunyai IgE yang tinggi didalam darahnya. Ia tidak berkait dengan suku kaum, tahap pendidikan atau tabiat merokok.

Penyelidikan ini menunjukkan corak yang sama dengan kajian yang dibuat Dr. Andrea Danese dari University of London yang menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah dirumah, yang terdedah kepada disiplin yang teruk dan masalah seksual mempunyai masalah radang dua kali lebih tinggi dari kanak-kanak biasa.

Unsur penyebab radang seperti C-reactive protein, fibrinogen dan sel imun meninggikan risiko untuk mendapat kencing manis dan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kebolehan hormon glucocorticoids- hormon yang bertanggung jawap mengurangkan radang dalam badan- yang seterusnya menjurus kepada kejadian radang dan alahan dikalangan kanak-kanak.


3.2.12

Peranan Bapa Dalam KEjayaan Penyusuan Susu Ibu


Kebanyakan bapa sering salah faham dan menyangkakan bahawa mereka tidak memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan penyusuan ibu. Mereka seringkali menganggap bahawa mereka hanya memainkan peranan yang pasif dan sebagai pemerhati sahaja, yang juga menyebabkan mereka terasa tersisih daripada keintiman yang terhasil daripada proses penyusuan ibu ini. Hakikatnya, kejayaan atau kegagalan penyusuan ibu bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pihak bapa.

1. Ketua Keluarga

Sebagai ketua keluarga, bapa mempunyai kapasiti dan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju rumah tangganya. Dia harus memandang positif proses penyusuan ibu, dan kesannya terhadap keluarga, khususnya perkembangan anak, sekaligus memberi sokongan 100% kepada pasangan hidupnya.

Sebagai ketua keluarga juga, bapa bukan sahaja patut membenarkan kaum ibu untuk menyusukan anak, malah mereka juga berperanan mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif untuk menjadikan proses penyusuan ibu lebih efektif.

2. Sokongan dan Galakkan

Proses penyusuan ibu, biasanya menagih komitmen yang cukup tinggi dari kaum ibu, sama ada dari segi mental atau fizikal. Lazimnya, kaum wanita yang baru sahaja menjadi ibu buat kali pertama, akan merasa takut dan sangsi dengan kebolehan diri sendiri untuk menjaga bayinya yang baru lahir ke dunia.

Di sinilah, pihak bapa perlu memberi kata-kata semangat dan galakkan untuk menguatkan lagi semangat pasangan masing-masing agar meneruskan usaha murni mereka.

Di dalam suasana di mana kata-kata yang sesuai tidak dapat diungkapkan, kadangkala para suami hanya perlu pendengar setia kepada luahan pasangan tercinta. Pada waktu yang sama, kehadiran di sisi isteri pun kadang-kadang sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada mereka.

3. Bantuan Praktikal

Selain daripada sokongan moral dan galakan, pihak bapa boleh membantu secara langsung dari segi fizikal. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah seperti menyediakan makanan ketika isteri sedang menyusukan anak, mengurut isteri yang lenguh dan memegang anak ketika isteri perlu ke tempat lain untuk sementara waktu.

Pihak bapa juga boleh membantu menggantikan isteri melakukan sedikit sebanyak kerja-kerja rumah yang selalunya dilakukan oleh isteri seperti membasuh dan menjemur baju. Ini secara langsung atau tidak langsung dapat meringkankan beban isteri dan memberi peluang kepada isteri untuk menyusukan anak dengan lebih baik.

4. Membentuk Hubungan Erat dengan Anak

Walaupun ikatan yang dibentuk di antara seorang anak dengan ibunya ketika proses penyusuan ibu sangat intim, tetapi ini tidak bermakna hubungan seorang anak dengan ayahnya pada peringkat ini tidak penting.

Malah, menjadi kewajipan bagi para bapa untuk membina ikatan yang sama kukuh pada peringkat ini. Satu kajian di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada pihak bapa terdedah kepada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti keganasan, penyalahgunaan dadah, jenayah dan masalah sosial lain.

Seorang bapa perlu mengambil peluang untuk membentuk ikatan dengan anaknya pada peringkat awal kelahiran. Ini dapat dilakukan melalui sentuhan, memandangkan sentuhan adalah deria bayi yang paling kuat dan terbentuk ketika baru lahir.

Walaupuan lazimnya, pihak ibu yang banyak meluangkan masa dengan anak seperti menyusukan, memandikan, memakaikan baju dan sebagainya, pihak bapa boleh memberitahu pasangan masing-masing bahawa mereka juga ingin terlibat secara aktif di dalam pembesaran dan penjagaan anak.


Ketahui manfaat memberi susu badan. Selain memberi khasiat penuh kepada bayi, penyusuan badan memudahkan kita suami isteri pergi ke mana saja kerana tidak perlu membawa peralatan menyusu yang perlu dibasmi kuman setiap kali sebelum digunakan. Pemberian susu badan boleh dilakukan di mana saja dan pada bila-bila masa. Jadi mommies sebenarnya ada lebih banyak masa untuk bersama rakan dan keluarga. Berbangga anda menjadi suami yang mendorong penyusuan badan kerana kita secara tidak langsung menolong membantu memberi makanan lengkap kepada anak.