Followers

3.8.11

Menonton movie bersama FAMILY diRumah

Semalam 2nd Day puasa.. kuar dari office dah pukul 5.30 ptg.. mmg badjet nak cari pasar ramadhan.. memandangkan memang nak ke Putra Perdana, pegi Param kat PP5 tu je la kan… best jugak Param kat PP5 ni… aku beli ‘Nasi Lemak MAK’ RM3 sebungkus(aku beli 2 bungkus satu utk aku satu lagi utk Nabil).. nasi lemak die sekali ngan ayam goreng panas panas… sedap jugak.. en hubby beli ‘Nasi ambeng;, tak tau berape harganya… he he … overall best la Param ni coz mcm mcm ade..xde la mcm melawati punye ulang yg same je byk…

sesampai dirumah, hubby turun balik ke surau… Nabil dah bising nak makan nasi lemak.. memang feberet die pun… letak kan dlm pinggan die ok la die mkn.. bg ckit nasi yg putih kat adik… aku pun sediakan minuman utk aku n hubby, bersih2 ckit dapur tu, byk sgt semut la… dah siap semue aku heran gak, awat xde azan lagi.. amik handphone sat tgk jam dah kol 7.50PM..la dah berbuka pun.. ni keje Nabil la g tutup tv lak td.. tgh mkn hubby pun sampai… die pun mkn sekali…

then ingat nak pegi dobi kain byk nak cuci ni…. hemmmm..ape2 hal yg ‘dlm2’ aku cuci dulu.. begantung la semue dlm 2nd room.. he he… call dobi dieorg kate dieorg dtg lps terawih..oh ok la..senang ckit.. dieorg dtg amik kat umah.. dekat kol 9.30 sehabih terawih, sampai la mr dobiku.. 1st time ni antar kain cuci kat dobi…tu pun kawan sepejabat yg rekemen dobi tu.. ok la kot…
lepas tu, mr hubby ajak tgk wayang.. aku ni dah la lame giler xtgk movie.. sbb hubby ada byk movie yg siap di download, b4 this mmg nak tgk TV pun aku xde mase.. now dah pindah dekat sng ckit.. duduk la kami anak beranak kat sofa L yg comel tu… sambil playkan movie ‘Aku Tak Bodoh’ di laptop hubby.. he he he.. DVD player yg amik kat umah ami tu wat hal lak.. kiteorg pun tak sure player tu elok ke tdk, main angkat je.. he he ….

anyway best jugak citer Aku Tak Bodoh tu.. meh aku bg sinopsisnye…



Filem Aku Tak Bodoh berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.
Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.
Sinopsis kredit to:http://anizyn.blogspot.com

aku nagis jugak la tgk movie ni.. tapi memang best dan sedih… membuatkan kita yg ade anak ni terpikir bahawa betul atau tdk cara aku jaga anak ye… 

No comments:

Post a Comment