Followers

2.8.11

**1st Iftar** Ayam Masak Lemon

Salam semue.. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak  :)
How was the 1st day? Mine alhamdulillah.. balik rumah ami untuk berbuka puasa ari ni.. of coz ami sampai dulu.. ami masak bubur lambuk (1st time ok ami wat bubur lambuk)… then we got dhal, ami wat sambal sotong and ami request ayam masak lemon kat aku.. la on the spot lak tu….klu ckp awal2 leh aku google resepi dulukan.. aku pun ok la try je la.. berlandaskan tontonan rancangan Asian Food Chanel yg aku suke tgk tu aku pun masak la.. anyway, aku masak pun selepas waktu berbuka puasa.. he he he.. sekejap je pun 5 minit je… ni nak kongsikan resepi Ayam Masak Lemon. Sorry tak sempat nak amik gambar hasil masakan.

Ayam Masak Lemon
Bahan bahan
  1. Ayam boneless
  2. lada sulah/white pepper
  3. kunyit
  4. air perahan lemon
  5. garam
  6. oat
  7. 3 ulas bawang putih – tumbuk
  8. 1 biji bawang besar – potong dadu untuk tumis
  9. capsicum trafficlight
  10. air
  11. parut kulit Lemon
Cara  Cara
  • boneless Ayam dipotong panjang panjang
  • perahkan air Lemon keatas ayam dan gaulkan
  • taburkan serbuk lada sulah,kunyit,garam dan oat… Gaulkan semue sekali..perap utk 10-15 minit
  • capsicum trafficlight dipotong panjang tapi sedikit pendek dari potongan ayam… xkisah pun just utk nampak cantik :)
  • panaskan minyak untuk goreng ayam. gorengkan ayam.
  • keluarkan ayam yg telah siap digoreng
  • tumiskan bayang putih dan bawang
  • masukkan air dan perahan lemon sedikit lagi
  • setelah nampak pekat masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  • masukkan capsicum trafficlight. gaul sebati nampak cantik dah ade warna warna sikit :)
  • masukkan parutan kulit Lemon, gaul sebati dan tutup api
  • siap utk dimakan.

No comments:

Post a Comment