Followers

7.1.13

Shaklee B COMPLEX

Salam,

Today nak citer pasal B Complex..
Kenape kite sangat memerlukan B complex and siapa yang memerlukannye..

Kepentingan B Complex

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:


1. B1 (thiamin)

2. B2 (riboflovin)

3. B3 (niacin)

4. B5

5. B6 (pyridoxine)

6. B12 (cobalamine)

7. Acid folic

8. Asid panthothenic

9. Biotin


Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ni membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

3. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

4. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

5. Mencegah stress.

6. Menguatkan antibodi tubuh.

7. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

8. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

9. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tenaga extra.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).



Secara keseluruhan, B Complex sangat berguna untuk semue orang...







No comments:

Post a Comment