Followers

29.3.12

Berpegang Tangan

Salam...

Bila kali terakhir jln berpegang tgn suami-isteri?
hemmmmm xingat la.... ada tp mmg xingat...klu jln pun kelam kabut je selalu.. always in rush...

Alkisahnye tgh ari tadi.... seperti biasa 2-3 minggu ni, waktu lunch, kami akan melawat tapak rumah.. ari ni lepas melawat tapak umah, pegi kedai kebinet dapur nak bayar duit deposit.. then mamat kebinet tu ajak pegi lunch... pegi la kami lunch dekat ngan kilang mamat tu... ari lak ujan.. aku ni dah la tgh 'membawa' perut kan... dah 6 bulan pregnant, tapi perut aku xde la besar sgt mcm org2 lain tapi lebih besar dari pregnancy b4 this..
ok back to story.. hehehehe... sewaktu jln ke kedai, husband jln berdua ngan mamat kebinet tu, aku ni jln la kat belakang mereke (kenderaan berat la katekan)....

then sampai, amik mknan, mkn semue.. hujan dah rede ckit dr mase kami sampai tadi... tgh aku nak lintas jln, tetibe en hubby pegang tgn aku... mcm ade rase 'keren' jek.... happy nye...mcm zaman baru baru kawen lak... leh die amik tgn aku pegang sambil ckp 'byk kerete'...padahal xde kerete pun.. jln tu xde la bz mane... Anyway, nak syok sendiri jugak.. happy sgt..





lagi lagi sejak pregnant ni, hubby xkasi sgt aku pegang tgn die, coz badan aku panas.. dah cuaca sejak 2 menjak ni PANAS kan... baru la 2 ari ni mendung n hujan kan...
selalu klu tgn aku tersentu ngan suami (tempoh mase yg lame) die akan terus check aku ni demam ke, just sbb tgn aku sgt panas..

ade 2-3 kali die wat mcm tu... penah aku try pegang tgn kekawan and tanye panas ke? mereke pun ckp aha mmg tgn aku panas... hemmmmm mmg syndrop pregnant women la.... hehehhee...

tu je la citer ari ini...Happy sesangat................



Nota Kaki: Progress renovation rumah.... stor bawah tangga dah siap naik bata.. yard belakang pun dah siap naik bata (ni semue perbezaan antara lawatan pagi tadi hingga tengahari kol 12 ari ini)

28.3.12

24th Week.....

Salam....
dah masuk minggu ke 24 pregnancy ku yg ketiga ni...
nak shopping brg baby.. tp aku xtau nak shopping ape... tolong jgn ketawakan aku, sbb aku mmg blur..
may be.. sbb xtau lagi janti na baby.. kedua sbb xcheck lagi brg2 yg masih ade...

ape yg aku masih ingat and tau... besin mandi ade lagik, katil aka babycot ade lagik...hemmm baju mmg xde lgsg... semue aku dah edar2kan... hehehe.. badjet lepas Nawal no more baby..hehehe...xsangka kan Allah nak bg jugak rezeki kat kami... Dapat la Nawal merasa jadi abang...

anyway.. now mmg sgt sibuk.. sibuk ngan keje2 kat opis ni ha... dan kerja kerja renovation Umah ku.... xsabarnye nak pindah masuk umah baru.... harap renovation siap on time and aku dpt pindah masuk on time.... row umah aku jek.. dah ade 3 family pindah masuk.. row belakang ade 1 family... so ok la klu aku nak pindah masukkan.. aku rase.. selagi aku x pindah selagi tu aku xleh nak pikir ape nak dibeli utk baby ku ini..

hemm contact mak bidan dah ade, contact weekend cleaner pun dah ade... just nak conferm2kan jek..
yg pasti aku akan pantang dirumah sdr.. sape jaga aku? xtau la.. setakat ni ami ckp ami nak jaga... dgr citer Mak kat kg pun dah siap bele ayam2 kg utk aku pantang nnt.... sayang sgt akan mereke... Tq so much to both of my mother.. terharu sgt....

Aku ni ade perasan ank g klinik utk wat scan semata mata nak tgk jantina baby... tp hubby sgt sabar la.... then pikir balik betul gak.. last check up xnampak coz badan aku kurang air.... klu aku pegi klinik semata2 nak check jantina baby, then xnampak lak.. baik xpayah kan.... tunggu je la next check up...

tgh ari td balik dr lawatan tapak aka umah... hubby tetibe tanye kat aku...'u minum air byk tak tak opis? vitamin semue mkn tak?'... terkejut aku... mmg since thsi pregnancy die jarang tanyekan ttg pkr2 tersebut kat aku... terharu lagik.... yes dear i do drink plenty of water....vitamin semue i mkn...

tu je la kot citer kali ni.... xde citer sgt.. otak ni dok pikir nak pegi botol air anak2... hehehehhe.... dah 3 ari Nabil Nawal mtk botol baru...sbb botol air dieorg dah ilang...hahah tertinggal kat burger king ari tu...

ok la.. bye ...semoga aku rajin utk memblogging lagi esok ari dan ari2 akan dtg...


20.3.12

sepinye....

Salam..
lamanye Blog ini sepi kna..
sgt sgt la bz lately ni..
kerja yg sgt byk di pejabat..
masalah M yg sgt besar sejak pregnant ni... hehehhe
rase mcm nak post perbezaan pregnancy kali ni ngan sebelum sebelum ni...
best kan... next ok... now wat ker je dulu...

wsalam...

update terbaru: tgh sibuk renovation rumah ku...

23.2.12

WANITA HAMIL YANG TERTEKAN BERISIKO MENDAPAT ANAK MEMPUNYAI ALAHAN


Salam semue...
lame tidak post ape2 kan...sgt la sibuk nowDays... :)
anyway ni just nak kongsi sesuatu yg terjumpe kat Facebook...



Wanita yang tertekan dengan masalah kewangan, hubungan sosial dan lain-lain melahirkan anak yang lebih senang mendapat allergi dan asthma, penyelidik daripada US menyebut.

Penemuan ini yang di bentangkan dipersidangan American Thoracic Society in Toronto menyarankan tekanan pada ibu mungkin boleh memberi kesan yang berpanjangan terhadap anak.

Kajian ini menambah, terdapat bukti yang semakin kuat yang menunjukkan tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah kewangan dan perhubungan boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan sistem imun kanak-kanak dan ia boleh bermula semasa dalam kandungan lagi.” Kata Dr. Rosalind Wright dari Harvard Medical School in Boston dalam kenyataannya.

Dia dan para penyelidiknya mendapati ibu yang mengalami tekanan lebih kerap melahirkan bayi yang mempunyai tahap immunoglobulin E or IgE yang tinggi walaupun ibu kurang terdedah kepada unsur yang memberikan alahan (allergen).

Apabila kajian terhadap binatang mendapati tekanan melipat-gandakan kesan allergen terhadap sistem imun pada anak-anaknya, kumpulan penyelidik dari Harvard mula mengkaji samada kesan yang sama boleh terjadi terhadap manusia.

Mereka mengukur tahap IgE dalam darah tali pusat pada 387 bayi baru lahir di Boston.

Bayi yang ibunya mempunyai tahap tekanan tertinggi tetapi tidak terdedah kepada unsur allergen yang lain seperti debu dan serangga kecil (mites) dirumah tetap mempunyai IgE yang tinggi didalam darahnya. Ia tidak berkait dengan suku kaum, tahap pendidikan atau tabiat merokok.

Penyelidikan ini menunjukkan corak yang sama dengan kajian yang dibuat Dr. Andrea Danese dari University of London yang menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah dirumah, yang terdedah kepada disiplin yang teruk dan masalah seksual mempunyai masalah radang dua kali lebih tinggi dari kanak-kanak biasa.

Unsur penyebab radang seperti C-reactive protein, fibrinogen dan sel imun meninggikan risiko untuk mendapat kencing manis dan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kebolehan hormon glucocorticoids- hormon yang bertanggung jawap mengurangkan radang dalam badan- yang seterusnya menjurus kepada kejadian radang dan alahan dikalangan kanak-kanak.


3.2.12

Peranan Bapa Dalam KEjayaan Penyusuan Susu Ibu


Kebanyakan bapa sering salah faham dan menyangkakan bahawa mereka tidak memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan penyusuan ibu. Mereka seringkali menganggap bahawa mereka hanya memainkan peranan yang pasif dan sebagai pemerhati sahaja, yang juga menyebabkan mereka terasa tersisih daripada keintiman yang terhasil daripada proses penyusuan ibu ini. Hakikatnya, kejayaan atau kegagalan penyusuan ibu bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pihak bapa.

1. Ketua Keluarga

Sebagai ketua keluarga, bapa mempunyai kapasiti dan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju rumah tangganya. Dia harus memandang positif proses penyusuan ibu, dan kesannya terhadap keluarga, khususnya perkembangan anak, sekaligus memberi sokongan 100% kepada pasangan hidupnya.

Sebagai ketua keluarga juga, bapa bukan sahaja patut membenarkan kaum ibu untuk menyusukan anak, malah mereka juga berperanan mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif untuk menjadikan proses penyusuan ibu lebih efektif.

2. Sokongan dan Galakkan

Proses penyusuan ibu, biasanya menagih komitmen yang cukup tinggi dari kaum ibu, sama ada dari segi mental atau fizikal. Lazimnya, kaum wanita yang baru sahaja menjadi ibu buat kali pertama, akan merasa takut dan sangsi dengan kebolehan diri sendiri untuk menjaga bayinya yang baru lahir ke dunia.

Di sinilah, pihak bapa perlu memberi kata-kata semangat dan galakkan untuk menguatkan lagi semangat pasangan masing-masing agar meneruskan usaha murni mereka.

Di dalam suasana di mana kata-kata yang sesuai tidak dapat diungkapkan, kadangkala para suami hanya perlu pendengar setia kepada luahan pasangan tercinta. Pada waktu yang sama, kehadiran di sisi isteri pun kadang-kadang sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada mereka.

3. Bantuan Praktikal

Selain daripada sokongan moral dan galakan, pihak bapa boleh membantu secara langsung dari segi fizikal. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah seperti menyediakan makanan ketika isteri sedang menyusukan anak, mengurut isteri yang lenguh dan memegang anak ketika isteri perlu ke tempat lain untuk sementara waktu.

Pihak bapa juga boleh membantu menggantikan isteri melakukan sedikit sebanyak kerja-kerja rumah yang selalunya dilakukan oleh isteri seperti membasuh dan menjemur baju. Ini secara langsung atau tidak langsung dapat meringkankan beban isteri dan memberi peluang kepada isteri untuk menyusukan anak dengan lebih baik.

4. Membentuk Hubungan Erat dengan Anak

Walaupun ikatan yang dibentuk di antara seorang anak dengan ibunya ketika proses penyusuan ibu sangat intim, tetapi ini tidak bermakna hubungan seorang anak dengan ayahnya pada peringkat ini tidak penting.

Malah, menjadi kewajipan bagi para bapa untuk membina ikatan yang sama kukuh pada peringkat ini. Satu kajian di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada pihak bapa terdedah kepada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti keganasan, penyalahgunaan dadah, jenayah dan masalah sosial lain.

Seorang bapa perlu mengambil peluang untuk membentuk ikatan dengan anaknya pada peringkat awal kelahiran. Ini dapat dilakukan melalui sentuhan, memandangkan sentuhan adalah deria bayi yang paling kuat dan terbentuk ketika baru lahir.

Walaupuan lazimnya, pihak ibu yang banyak meluangkan masa dengan anak seperti menyusukan, memandikan, memakaikan baju dan sebagainya, pihak bapa boleh memberitahu pasangan masing-masing bahawa mereka juga ingin terlibat secara aktif di dalam pembesaran dan penjagaan anak.


Ketahui manfaat memberi susu badan. Selain memberi khasiat penuh kepada bayi, penyusuan badan memudahkan kita suami isteri pergi ke mana saja kerana tidak perlu membawa peralatan menyusu yang perlu dibasmi kuman setiap kali sebelum digunakan. Pemberian susu badan boleh dilakukan di mana saja dan pada bila-bila masa. Jadi mommies sebenarnya ada lebih banyak masa untuk bersama rakan dan keluarga. Berbangga anda menjadi suami yang mendorong penyusuan badan kerana kita secara tidak langsung menolong membantu memberi makanan lengkap kepada anak.

30.1.12

27 Jan 2012 punye cerita....

Salam,
minggu lepas ari jumaat, sesuatu telah berlaku pada aku sewaktu beratur untuk membeli mknan di salah satu restoran KFC....

aku tdk akan ke KFC berkenan lagi...malu sgt...

al-kisahnye...

aku telah pitam di KFC tersebut sewaktu aku sedang beratur.. mmg aku xsedar mcm mane aku leh jatuh...
tp yg aku pasti kepale aku mmg jatuh atas lantai la sbb sakit tu kepale... mesti mcm nagka busuk aku jatuhkan...
adushhh malunye...



lps jatuh aku mmg xingat lgsg yg aku n megandung..wat mcm biase jek... xde lak tepikir nak g check keadaan kandungan ke ape ke..till biras aku yg tau akan pkr tersebut pakse aku pegi klinik check.. aku pon baru la kelam kabut carik klinik....

Alhamdulillah kandungan selamat... sbb aku jatuh kebelakang bukan kedepan...
syukur sgt..mcm mane la aku nak kurangkan masalah tekanan darah rendah aku ni??? ia akan menjadi lebih teruk sekatu megandung.. aduhhhhh..kerang dah mkn... ape lagi ek?? ade ape2 supliment tak???

tu je la citernye...

wasalam...

20.1.12

Adakah Anda Tahu Khasiat & Kebaikan Buah Tembikai?





Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah


sumber : interne