Followers

5.1.12

Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Salam....
Ade seorg sahabat dr company lama post pasal sunnah Nabi mkn buah tembikai dan berkaitan ngan pregnant.. aku pon ape lagi, tanye la en gogel pasal pkr tersemut.. sbb ade kwn2 yg comment kate mkn buat tembikai ni leh membuatkan baby besar... 'saya suke saya suke'... tu yg google nak tau betul ke... xde pun ape ape info pasal mkn buah tembikai leh wat baby besar... :(
tp mcm2 info aku dpt.. ade la satu blog ni aku bukak. blog ni owner die nurse perbidanan dah 10 thn..mak die pun bidan kampung.. bace2 blog die mcm2 la hal hamil, besalin, susu badan jagaan anak pendek kate semue ade la pasal megandung sampai menjagaan anak2...
ade satu post die yg wat aku tertarik... memandangan aku akan melalui besalin secara pembedahan juga kali ni..aku sgt tertarik ngan post penjagaan ibu besalin secara pembedahan ini....
Di antara yg diceritakan ialah :-

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.

Penjagaan Dan Rawatan Luaran

Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.

Panduan Cucian Bahagian Sulit

Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.

Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi

Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.

Panduan Mandian

Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.

Panduan Berbarut Atau Berbengkung

Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.

Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.

Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.



Info ini InsyaAllah akan ku guna kan waktu berpantang nnt.. sbb byk yg di beri tau ade betulnye dan ade yg aku buat mase pantang 2nd child dulu... 2nd child dulu bab bengkung tungku tu aku wat je sdr2... sesuke suki aku je kan.. mmg aku dah taruk krim bengkung tu awal2 lagi..tp xsilap after 7 days kot aku dah berbengkung, pandai2 sdr..ikat xkuat sgt ikut selese/sakit jahitan... mangkin lame aku mangkin kuatkan ikatan.. sbb bile kite bengkung, xde perut kite mengelebeh, bile x mengelebeh, xde la bahagian jahitan basah coz peluh or air or wat so ever...maka xde la berlaku infection or nanah wat so ever...

Harap info ni berguna buat kawan2 lain juga ye... :)


3.1.12

3 Jan 2012

Salam......
aktiviti utk 3hb, ari ini.... Nabil Nawal 1st day to new school...
pagi bgn dah terlambat dr plan..aduh, sementara aku mandi, aku suh hubby kejutkan bdk2....
lps mandi aku terus masuk bilik bdk2... wish them good morning... Nabil still tido Nawal tgh golek golek..mase aku wish good morning, happy jek muke Nawal.. bile ckp jom mandi nak pegi new school..punye la happy, terus bukak baju and suar atas katil jek... hehehe... siap warning aku lagik...'you speak english i'...nak ketawa aku ngan english c Nawal ni.. but he try and xmalu utk ckp..bile kite betulkan die follow...Nabil xnak ckp pun... anyway dah siap semue.. dlm kol 8 baru kiteorg kuar umah..ok la by 8.30 dah sampai sekolah.. Alhamdulilah, dieorg xnagis..nawal paling happy.nabil muke risau...

selepas hantar kids...kiteorg rush to hopital putrajaya, my 1st check up.xsabar....sampai je kat hospital full park....aduh..hemmmm terpakse la hubby dropkan aku kat lobi jek.... sementara hubby carik parking, aku start daftar dll prosedur..lame gak tunggu tuk jumpe doktor.tp ok la about 2 hrs.. aku jumpe dr Azmi..old man, tp sgt friendly.. ok la.. dah die tanye semue details..die leh ckp 'ada apa apa lagi nak bg tau i'... sweet je kan... then he scan my tummy dah mcm membesar ni... happy sesgt !! (mcm 1st baby lak)... baby membelakangkan badannye... tp dah nampak kaki,tgn badan and kepala.. my pregnancy is 12 weeks and 3 days... cepat tul masa berjln.... next chech-up next mth.

15.12.11

Catatan....9 Weeks....

Salam...
dah 9 minggu kandungan aku...
semlm Office xde network..aku sgt la xtau nak wat ape..pegi la klinik kejap utk wat follow up check up..sepatutnye pegi ari ni.... nasib xde org and doctor terime je kehadiran aku...
ni kire 2nd checkup aku la....
1st ari tu scan Alhamdulillah ade dlm Rahim..tp xnampak jelas sgt...
semlm aku pegi..Alhamdulillah nampak janin dalam rahim.. dengar degupan jantung :) and the most wat aku rase sgt happy pertumbuhan janin same ngan usia kandungan..Alhamdulillah...
insyaAllah kandungan kali ni akan sempurna seperti org2 lain.. mase 2 boys aku, selalu doctor ckp baby aku kecik..sedih je dgr..harap kali ni akan besar.. kire besar mane pun sbb mmg akan kene potong gak...
9 minggu dah aku pregnant...ape yg aku lalui selame  9 minggu ni...????
pregnant kali ni sgt berbeza ngan 2 sebelum ni... kali ni aku ade rase mual..memule dulu start rase mual dlm tgh ari bawak ke ptg...ok la kan... pastu sejak 2 menjak ni...sepjg ari.... aduhhh...so far xde muntah just mual jek..
makan aduh... jgn ckp la..mmg mcm rase nak mkn je..aku mkn xbyk..ckit je pun..tp sgt kerap dan every time nak mkn tu mesti nak fresh meal and panas2.... maaf, saya xboleh masak atau bau lauk, ianye sgt la mual...ari tu ade la aku masak 2 kali..aduh, 1 lauk pon mengambil mase 2 jam okey.....
next..aku xsuke mkn bende manis..even biskut TIGER (manis tau).... saya dah xsuke COKE!!!! hebat kan??? padahal b4 ni coke adalah minuman berkarbinat kegemaran aku... aku suke sarsapila yg dibancuh oleh aku sdr kurang manis ye... gula2 HALLS yg mint adalah antara pkr wajib yg perlu ade utk buang rasa mual... lagi ape? mood swing mmg ler... pening so far xde sgt, kecuali xcukup rehat, mmg pusing2 kepale la...may b sbb tekanan darah rendah.. sakit pinggang ade ckit2 je... perut dah start 'show'... mcm awalkan?? mayB sbb aku mmg gemok pun..hahahha... Oh ya bende yg paling aku suke b4 b4 ni even mase pregnant b4 b4 ni pun aku suek ia itu MAKEUP and DRESS-UP., aku dah xsuke skrg!!!!! sampai dah kene saound ngan hubby... kenape now days xmakeup pegi keje., pakai t-shirt je pegi office... hem... aku sgt malas nak siap dan makeup...rase diri mcm xctk jek... mmg rase diri ni selekeh la sgt...nak wat mcm mane ek??? ....

itu je kot perkembangan 9 minggu..hehehehhee...

anyway pagi tadi dah call hospital putrajaya private wings die... kami plan utk wat checkup and besalin kat situ je, sbb dekat ngan opis ngan umah baru nnt. dah bg details semue dah...nnt nurse akan call back for fix appointment...

may b 2nd trimester i will have my 1st checkup at Putrajaya Hospital..

itu je la kot citer kali ni...
i'm so so Happy :)
Syukur Alhamdulillah...


Sekian..
Wasalam..

6.12.11

Manja Manja......

Salam....
Khamis lepas Nawal demam panas.. since that  kiteorg duduk umah ami due to internet...
i been working from home since friday.. Nawal tinggal umah ngan aku..... Nawal sgt sgt la manja skrg ni... mcm mane la dpt adik nnt... xtau la... he so cute la.. kadang tu die tertendang perut aku, ngan muke chomel die die ckp 'sorry mummy'...aduhhhhh cair lebur aku.....aku jd sgt rapat and attach ngan Nawal skrg.... tp tu la masalahnye...aku xleh ank masak sbb masalah mual aku ni ha.. semlm isnin kakak aku dtg umah bwk mknan untuk both of us... tp mlm semlm aku try gak masak, susah payah la..aku wat kari ikan sardin.... alhamdulillah berjaya la jugak... hehehhe.. ari ni aku xtau mcm mane nak masak..tgk muke ayam je aku dah mual nak muntah... mcm mane ye??? dah la uncle balik ari ni....aduhhhhhhh..... 

17.11.11

Betul ker??

Last Saturday, tgh mlm tetibe Nabil Nawal boleh gaduh sbb salah sorg dah masuk katil belah yg sorg lagik..aduh...itu pun nak gaduh..so pagi aku bagun lewat ckit.. mcm pening pale ckit.. with taht en hubby la uruskan kanak2 tersebut..

pagi tu aku kene wat keje ckit.. dah siap keje Nabil sibuk ajak pegi Jusco.. ayat xboleh tahan lak tu... aku dari atas pun leh dengar ayat bodek die kat abah die..

     Nabil : Abah, dah lame kite tak pegi Jusco kan...
     En Hubby <tak bg ape jawapan>

     Nabil : abah, jom kite pegi Jusco nak?
     En Hubby: hemmm...Mandi dulu

actually hubby aku xtau aku nak pegi ke tdk sbb die tgk aku lately mcm moody semcm and mcm penat jek lately ni...

tp aku ON jek.. xpe la bawak bdk2 jejalan..happy la bdk2 tu..
sampai Jusco kami anak beranak mkn kat JHONNY sbb mumynye nak sgt mkn JHONNY..
abih makan bg la bdk play around tpt yg mmg dieorg nak pegi tu ler...
aku ambil kesempatan konon nak shopping, en Hubby tunggu ngan budak2 ye.

pusing2 tgk baju baju..xde yg bekenan.. masuk tpt baju org pregnant la pulak... ish, xkan nak beli baju pregnant kot...aku bukan nye pregnant.. tp cantik la pulak baju pregnant ni..aduh... tinggalkan aje ye.. awak bknye pregnant..
itu la perbualan aku ngan diri ku sdr..

pastu jln la ke Watson.. carik air contect lense aku..sekali ternampak la test..... amik je la.. saje..mane tau mulut beras aku tu betulkan..dok ejek2 aku..

pastu g balik jeguk bebdk ngan abahnye..then kami balik la umah..coz dah kol 3..mlm kang nak g sambut birthday adik ipor lak.. kene bg bebdk ni tido.

sampai umah aku pon ape lagi, serbu toilet sambil membawa test ....
dah selesai 'kerja' aku biar test tu kat toilet tanpa terfikir utk tgk semula.. mase tgh cuci tgn baru teperasan and tgk balik test tu... alah confirm Negative la.... (hati ku berkata kata)


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ya Allah 2 line!!!! Alhamdulillah!!!! Nawal akan jadi abg...
xsangka.. betul la sangkaan biras aku tu...
Mamcm xpercaya.. 
once bg tau en Hubby, die pun xcaya.. Nabil lak xsabar nak tgk baby..suke sgt die.. Nawal lak follow2 abag die jek..die xpaham sgt kot..

Last tuesday pegi wat pengesahan kat klinik.. Alhamdulillah semue ok..kandungan duduk dalam rahim..but too small x clear sgt gambar scan.. next appointment will be next month..

InsyaAllah next month akan nampak kot..

doa agar semeunye sihat selamat sehingga akhinye...




8.11.11

RAYA...Qurbani

Salam,
Raya kali ni mcm biasa balik kg husben...
ami pun mmg xde kat KL kan...
kat kg dieorg korban kerbau..
day before raya tu, we all kuar, pass by la dpn surau kat kg tu..sekali Nawal nampak la kerbau tersebut..
Nawal : Ami!!! tu Gajah!!!
aduh, anak ku panggil kerbau gajah la pulak...
mcm mane ni???
hehehhee..kene bwk die g zoo lagi ni...

:)
itu shj cerite ari ini...

salam

1.11.11

Update Update......

Salam semue..
dah lame xupdate blog kna..
sibuk la yang sgt sgt....
anyway.. ami dah selamat berada di makkah.. she is fine Alhamdulillah..semoga segala urusan ami dipermudahkan danmendapat haji makbur... insyaAllah...

aku ni lak.. duk sibuk sane sini.. kejap umah sane kejap umah cni.. esok adik ipar convo lak...sorry sgt2 adik ku, xdpt hadir kerana kesibukan kerja ku... ape ape hal kite g lunch sesame ye... xsabar nak g mkn kat Indian Kitchen, Cyberjya... sgt suke indian food die..sedappppppppp........... dah beberape kalia ku berdating kat sane....

ok la..esok harap leh update blog sekali ngan gambar sekitar convo or mkn2 kami...

Bye...
wsalam..