Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

3.12.12

Spaghetti Goreng TomYam & telur cheese

Salam,

ha meh nak kongsi resepi ckit...
Dah lame tak kongsi resepi..

Spaghetti Goreng TomYam




Bahan-bahan


  • 3 ulas bawang puting dicincang
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 3 hirisan halia
  • sotong ckit dipotong bolat2
  • daging perap dgn Meat Tenderiser for 15 min
  • celery hiris
  • tomato potong dadu
  • serai
  • daun limau purut
  • pes tomyam
  • tomato sos
  • sos tiram
  • kicap manis
  • garam
  • air
  • spaghetti rebus dgn garam+olive oli dah toskan

Cara-cara
  1. tumis bawang putih + bawang merah + halia hingga naik bau
  2. masukkan serai + daun limau purut + tomato
  3. tumiskan pes tomyam hingga pecah minyak ( if pes yg dlm botol la..klu kuib taruk selepas daging masak)masukkan air
  4. masukkan daging hingga masak
  5. tambahkan sos tiram + kicap manis + tomato sos
  6. masak hingga mendidih
  7. masukkan sotong
  8. semasaknye sotong, masukkan celery serta garam
  9. masukkan spaghrtti yg siap direbus & tos ke dlm kuali.. kacau sebati


Telur cheese
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • fresh milk
  • 1 helai cheese
  • garam
  • lada sulah
Cara-cara
  1. telur + fresh milk + garam + lada sulah di pukul bersama
  2. racik racik cheese kedlm mangkuk yg pukul telur tadi
  3. panaskan minyak dlm kuali..
  4. masukkan hasul pukulan telur with cheese tadi.. bagi rata <ala mcm masak telur selalu tu>
  5. make sure dah masak baru terbalikkan... terbalik kan je... terus tutup api..
  6. then kuarkan dan potong la telur tersebut... readu to eat..

3.9.12

Begedil Daging

Salam,
last Saturday lepak rumah ami... punye la tahap malas diriku ini... ami wat sup ayam.. kununnye nak mkn ngan mee hoon..jadi mee hoon sup la kan... sekali tetibe ami suruh aku wat begedil daging ngan kicap cili/sambal... 
aku pon ok kan je la.. dah la balik umah ami, suh ami je wat keje... teruk betulkan...
begedil daging? hemm tak penah aku wat seumur idup aku... ami lak suruh aku wat then terus pegi naik mandi solat berbagai... aku pon terpakse la tanye en google... ni resepi yang aku jumpe dan aku modify ikut suke hati aku la...

Begedil Daging

  • Mince meat 
  • 2 biji Kentang - rebus
  • Lada sulah
  • Black pepper
  • Mixed herbs
  • Garam
  • Cili hijau
  • Bawang - goreng
  • Daun ketumbar/daun sup
  • Telur
Cara-cara
  1. Rebuskan kentang. Buang kulit dan lenyetkan.
  2. Goreng daging dgn minyak yg ckit. Campurkan lada sulah. Siap digoreng, tumbukkan daging.
  3. Campurkan kentang dan daging. Madukkan bahan2 lain kecuali telur... campurkan kesemue sebati.
  4. Bentukkan begedil.
  5. Pukul telur dlm mangkuk lain. Taruk sedikit garam dan lada sulah.
  6. Rendamkan begedil yg tlh dibentuk ke dlm telur dan digoreng hingga garing aka golden brown..
  7. Sedia di hidang bersama meehoon sup...




Cili Kicap
  • Cili api
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Kicap
  • Sos tiram
Cara-Cara
  1. Belenderkan semue bahan sekali


27.8.12

Nasi Impit Goreng

Salam,
Kebanyakkan org dah start masuk kerja ari ni.. en hubby pun dah strat keje ari ni.. actually last Friday lagi en Hubby dah start keje...
Aku? aku belum start keje lagi... aku masuk kerja next week..kejap je kan 2 bulan berlalu... sayang nye nak tinggalkan Nazim yg still tak berape pandai gunakan botol susu.. InsyaAllah esok Nazim akan ke taska for halfday..hope ok la...utk persediaan aku and ajar die minum susu dlm botol... dah siap ckp kat kakak (owner taska) yg Nazim boleh je minum dlm botol but he only take 1 oz.. then buat muke kesian kat aku nak nak direct feed.. hope he doing good at school...

anyway, ari ni aku masak simple sesgt... Nasi Impit Goreng...en hubby suke sgt.. anak anak pon suke... Alhamdulillah..

i would like to share my resepi here...


1 bungkus Nasi impit dah siap masak
daging
2 sudu makan cili boh
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 sudu kecil mixed herbs
2 sudu kecil perencah ikan bilis
2 biji telur
garam

Cara-cara
  1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
  2. masukkan cili boh, masak hingga pecah minyak
  3. gorengkan daging
  4. masukkan perencah ikan bilis & mixed herbs
  5. bila daging dah masak betul, masukkan telur-garam...biarkan sebentar
  6. masukkan nasi impit dan gaul sebati kesemuanya..
  7. goreng hingga nampak masak kesemua bahan then baru totop api..
  8. hias d enganbawang goreng or daun bawang ( aku tak de... so tak tarukla)

itu la sedikit resepi yang aku olah sendiri ari ini... simpan resepi ni dlm blog sendiri..mane tau mase akan datang nak check it out kan...
en hubby nak refer ker kan.. hehehe... en hubby aku bace blog aku curik curik...


wasalam
Ezan

8.8.12

Buka puasa -8.8.2012

Salam,
hari ini genap 44 ari aku berpantang..
dan untuk pertama kali dalam hidupku, aku masak ikan yg jenis besar2 dan masakan selain goreng..
b4 b4 ni masak ikan yg aku reti goreng jek...tp aku mmg akan elak masak ikan...selalu hubby je yg akan masak ikan...
disebabkan last week hubby beli ikan talapia...dan ujung minggu lepas ade hubby wat bakar...sgt la sedap!
ade lagi sekor dlm icebox tu... aku pon plan la nak wat bakar..
tak kan nak tunggu hubby balik kot baru nak bakar kan... maka aku pon tanya la en gugel mcm mane nak wat talapia bakar...
sekali jumpe 1 blog yg megenalkan dirinye sebagai 'mak long'.... aku pon amik la resepi mak long and bakar ikan talapia aku tu...
siap potong tengah ye..belah due...hahaha...hebat xhebat la aku...
hasil ekspetimen aku? sedap sgt sedap... 
ni resepi yg aku amik dr blog mak long dan aku tambah ckit..

bahan:
ikan tilapia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang serai
garam
2 helai daun limau purut
daun kunyit hiris halus

cara:
blendkan semua bahan2 diatas kecuali daun limau purut & hirisan daun kunyit.. perapkan ikan dengan bahan yang telah diblend, daun limau purut dan hirisan daun kunyit.. garam secukup rasa.. selama 1/2 jam..
panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200`c.. kemudian bakar ikan selama 30 minit..

senang dan sedap..
sorry, xsempat snap gambar..biasa la org ade anak kecik...

2.8.11

**1st Iftar** Ayam Masak Lemon

Salam semue.. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak  :)
How was the 1st day? Mine alhamdulillah.. balik rumah ami untuk berbuka puasa ari ni.. of coz ami sampai dulu.. ami masak bubur lambuk (1st time ok ami wat bubur lambuk)… then we got dhal, ami wat sambal sotong and ami request ayam masak lemon kat aku.. la on the spot lak tu….klu ckp awal2 leh aku google resepi dulukan.. aku pun ok la try je la.. berlandaskan tontonan rancangan Asian Food Chanel yg aku suke tgk tu aku pun masak la.. anyway, aku masak pun selepas waktu berbuka puasa.. he he he.. sekejap je pun 5 minit je… ni nak kongsikan resepi Ayam Masak Lemon. Sorry tak sempat nak amik gambar hasil masakan.

Ayam Masak Lemon
Bahan bahan
  1. Ayam boneless
  2. lada sulah/white pepper
  3. kunyit
  4. air perahan lemon
  5. garam
  6. oat
  7. 3 ulas bawang putih – tumbuk
  8. 1 biji bawang besar – potong dadu untuk tumis
  9. capsicum trafficlight
  10. air
  11. parut kulit Lemon
Cara  Cara
  • boneless Ayam dipotong panjang panjang
  • perahkan air Lemon keatas ayam dan gaulkan
  • taburkan serbuk lada sulah,kunyit,garam dan oat… Gaulkan semue sekali..perap utk 10-15 minit
  • capsicum trafficlight dipotong panjang tapi sedikit pendek dari potongan ayam… xkisah pun just utk nampak cantik :)
  • panaskan minyak untuk goreng ayam. gorengkan ayam.
  • keluarkan ayam yg telah siap digoreng
  • tumiskan bayang putih dan bawang
  • masukkan air dan perahan lemon sedikit lagi
  • setelah nampak pekat masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  • masukkan capsicum trafficlight. gaul sebati nampak cantik dah ade warna warna sikit :)
  • masukkan parutan kulit Lemon, gaul sebati dan tutup api
  • siap utk dimakan.